pasukan kami
Kami adalah sekumpulan aktivis feminis, kaunselor terlatih, profesional perubatan dan penyelidik yang berpusat seberang 4 benua yang menumpukan sokongan pengguguran diuruskan sendiri (self-managed abortion), terutamanya di mana-mana pengguguran dihadkan oleh undang-undang, stigma dan kekurangan akses.
Pasukan kami berpusat di 17 negara seberang 4 benua. Kami bekerja di peringkat global dan tempatan.
Pasukan Kaunseling Dalam Talian: Pasukan dalam talian terdiri daripada lebih daripada 26 kaunselor, kebanyakannya berbilang bahasa. Mereka adalah pekerja kesihatan reproduktif yang terlatih dan berpengalaman. Kaunselor-kaunselor berkomunikasi dengan pengguna perkhidmatan dalam talian perkhidmatan tele-kesihatan yang tersedia/dibuka 365 hari setahun.
Pasukan Penyelarasan: Pasukan Penyelarasan bertanggungjawab untuk mengawasi kerja Yayasan dan komunikasi dengan pihak luar. Pasukan Penyelaras termasuk Penyelaras Rangkaian Serantau, Penyelaras Perkhidmatan Dalam Talian, Penyelaras Operasi, Penyelaras Penyelidikan, Penyelaras Keselamatan, Penyelaras Latihan, Perunding Pembangunan dan Pengarah Eksekutif.
Pasukan Projek: Pasukan-pasukan mahir dalam program-program berbilang tahun di Amerika Latin, Eropah, Asia dan Afrika.
Pasukan Media: Pasukan Media terdiri daripada pakar teknologi Internet, komunikasi dan media sosial. Pasukan Media berpusat di peringkat antarabangsa, dan terlibat dalam aktivisme feminis dan menyokong amalan sumber terbuka.
Pasukan Perubatan: Pasukan pakar perubatan mempunyai pengalaman dalam bidang perbidanan, ginekologi dan pengguguran yang luas mengaji perundingan dan soalan dalam talian yang akan datang.
Penasihat Saintifik: Penasihat Saintifik adalah pakar bebas yang menawarkan cadangan tentang amalan penyelidikan terbaik dan melibatkan diri dalam projek penyelidikan kolaboratif dengan Women Help Women.
Rakan Kongsi: Organisasi perkongsian, kumpulan-kumpulan, kolektif, institut penyelidikan dan individu-individu membentuk rangkaian Women Help Women. Perkongsian adalah nilai teras dalam kerja kami. Kami bekerja rapat dengan rakan kongsi dalam pelbagai program.
Lembaga Pengarah: Lembaga Pengarah berpusat di peringkat antarabangsa dan bermesyuarat dengan tetap. Semua Pengarah Lembaga adalah profesional yang berpengalaman dalam pentadbiran dan mapan dalam bidang hak wanita.