fakta

  Share


KESIHATAN AWAM:

  • Kira-kira 215 juta keperluan kontraseptif wanita di seluruh dunia tidak dipenuhi. Wanita yang tidak sanggup berhamil mempunyai pelbagai sebab . Ada yang ingin menangguhkan kehamilan, manakala ada yang tidak ingin menjadi ibu bapa . Ramai wanita yang sudah menjadi ibu bapa terasa bahawa mereka tidak dapat mengembangkan keluarga mereka.
  • 56 juta pengguguran dijalankan setiap tahun. 20 juta daripada pengguguran ini adalah tidak selamat atau kepenyalahan undang-undang. Hampir separuh daripada semua pengguguran di seluruh dunia adalah tidak selamat, dan hampir semua prosedur ini (98%) berlaku di negara membangun.

  • Pengguguran yang tidak selamat adalah salah satu punca utama kematian ibu. Setiap tahun, anggaran 22,500 - 44,000 wanita mati akibat pengguguran yang tidak selamat, dan anggaran ini menyumbang kira-kira 13% daripada kematian ibu di seluruh dunia. Ini bermaksud bahawa setiap sepuluh minit, seorang wanita mati akibat pengguguran tidak selamat. 5 juta wanita dimasukkan ke hospital setiap tahun akibat komplikasi daripada pengguguran yang tidak selamat. Hampir semua kematian berkaitan pengguguran berlaku di negara membangun, dengan jumlah tertinggi di Afrika diikuti oleh Asia dan Amerika Latin.
  • Undang-undang yang mengekang tidak menyebabkan sebarang pengurangan dalam jumlah pengguguran yang dijalani. Pengharaman pengguguran hanya meningkatkan kemungkinan wanita yang menggunakan perkhidmatan tidak selamat, dan merisikokan nyawa mereka.

  • Kematian dan penderitaan wanita akibat kekurangan akses pengguguran dan kontraseptif boleh dicegah sepenuhnya.

 

HAK ASASI MANUSIA dan KEADILAN SOSIAL:

  • Wanita dan orang mengandung mempunyai hak untuk membuat keputusan secara bebas dan bertanggungjawab bahawa kesanggupan dan masa untuk mempunyai anak tanpa paksaan, diskriminasi atau keganasan.

  • Akses kontraseptif dan pengguguran yang selamat adalah soal keadilan sosial. Kekurangan akses dan kekurangan maklumat selalunya menjejas wanita muda, miskin dan tidak berkahwin secara tidak seimbang. Kesihatan, keadilan dan keselamatan tidak boleh ditentukan dengan status sosial atau ekonomi.

  • Kekurangan akses kontraseptif dan pengguguran yang selamat adalah pencabulan hak asasi manusia. Hak-hak tersebut termasuk hak untuk hidup, hak tanpa diskriminasi, hak untuk mencapai tahap kesihatan tertinggi yang boleh dicapai, hak untuk bebas daripada layanan yang kejam, tidak berperikemanusiaan dan merendahkan martabat, hak untuk privasi dan kerahsiaan, dan hak untuk mendapatkan maklumat dan pendidikan kesihatan. Banyak perjanjian hak asasi manusia dan cadangan dari United Nations, European Union dan World Health Organisation menasihatkan dengan jelas bahawa pengguguran harus dikekalkan dengan selamat dan sah. Apabila kerajaan menafikan hak asasi wanita ini, mereka membiarkan dan menguatkuasakan keganasan struktur terhadap wanita. Kebanyakan daerah yang mempunyai undang-undang pengguguran yang tegas berada di Selatan Sedunia (Global South), Afrika, Asia dan Amerika Latin.

  • Penyelidikan tersedia menunjukkan bahawa kontraseptif mempunyai kesan yang ketara ke atas kehidupan wanita dari segi kemandirian dan pemerkasaan yang lebih baik. Tanpa akses kepada perancangan keluarga, wanita terperangkap dalam lingkaranganas yang menghalang mereka dari menyertai pembangunan sosioekonomi. Dua faedah sosial utama kontraseptif adalah pemerkasaan dan pendidikan wanita, di mana kedua-duanya adalah Millennium Development Goals (Matlamat Pembangunan Milenium).