Women Help Women adalah tentang Akses, Maklumat dan Aktivisme.

  Share


Women Help Women adalah pertubuhan aktivis antarabangsa bukan untung yang mengusahakan akses kepada pengguguran. Kami adalah aktivis feminis, kaunselor terlatih, profesional perubatan dan penyelidik yang berpusat seberang empat benua yang mempunyai fokus kuat untuk menyokong pengguguran diuruskan sendiri (self-managed abortion), terutamanya di mana-mana pengguguran dihadkan oleh undang-undang, stigma dan kekurangan akses. Projek-projek kami termasuk (a) perkhidmatan telekesihatan global yang memberi maklumat, sokongan dan pil pengguguran kepada wanita di seluruh dunia dan (b) kerjasama/kolaborasi kumpulan feminis tempatan di seluruh dunia untuk menyokong peningkatan akses pil pengguguran.

Aktivisme feminis, hak asasi manusia, keadilan reproduktif dan pengurangan kebahayaan/kemudaratan adalah asas kerja kami untuk meningkatkan akses dan mengubah norma sosial dan wacana tentang pengguguran.

 

Kekuasaan pengguguran diuruskan sendiri (self-managed abortion):

 

  • Penyelesaian serta merta, selamat dan praktikal untuk individu yang mengalami kehamilan yang mereka berasa tidak dapat diteruskan pada masa yang tertentu

  • Langkah untuk meningkatkan hasil kesihatan (health outcomes) serta pengukuhan individu dan komuniti

  • Strategi pengurangan bahaya yang praktikal dan memenuhi keperluan dan realiti orang ramai

  • Penggangguan kuasa dan ekspresi prinsip feminis asas dan hak asasi manusia

 

 Falsafah Kami:

Kunci kebebasan dan keadilan reproduktif adalah meletakkan pil pengguguran secara langsung ke tangan sesiapa yang memerlukannya.

 

Pendekatan kami mengutamakan:

 

 

1. Demystification”: Membanteras mitos tentang pil pengguguran dan menggalakkan perkongsian pengetahuan

2. "Demedicalization”: Meletakkan kuasa ke tangan rakyat dan komuniti, sambil menyeru kebertanggungjawaban/akauntabiliti negara untuk menyediakan penjagaan klinikal dan pelbagai pilihan

3. Dekriminalisasi: Memansuhkan undang-undang jenayah yang mengenai pengguguran kerana ia tindas, tidak rasional dan mendiskriminasi

4. Destigmatisasi: Menumpukan keperluan dan pengalaman terhadap orang yang menjalani pengguguran dalam wacana dan polisi

 

Women Help Women mengiktiraf kawalan badan kita merupakan ketidakadilan moral, dan kerja kita untuk mengurangkan penindasan reproduktif berkait rapat dengan usaha-usaha yang dilakukan untuk menghapuskan sikap perkauman, penjajahan, kapitalisme, seksisme, heteroseksisme, cissexisme dan ketidaksamaan lain-lain.  

Khususnya, kami mengetahui bahawa transeksual, transgender, interseks dan orang gender bukan binari juga mengalami kehamilan dan memerlukan penjagaan pengguguran, dan kami berusaha untuk memastikan bahawa aktivisme dan perkhidmatan kami merangkumi pelbagai gender. Kami berusaha untuk menyediakan persekitaran yang saling berhormat dan responsif terhadap setiap orang, termasuk orang gender trans atau bukan binari yang menghubungi kami.



  • pasukan kami

    Kami adalah sekumpulan aktivis feminis, kaunselor terlatih, profesional perubatan dan penyelidik yang berpusat seberang 4 benua yang menumpukan sokongan pengguguran diuruskan sendiri (self-managed abortion), terutamanya di mana-mana pengguguran dihadkan oleh undang-undang, stigma dan kekurangan… Baca lebih lanjut »